Bagaimana proses penghasilan suntingan animasi?
Mari kita fahami satu persatu peringkat pembikinan sesebuah produksi untuk menghasilkan animasi 3d. Pelbagai cara dan peringkat untuk dilakukan..bergantung kepada editor itu sendiri..yg penting Ilmu,Kefahaman,Kemahiran menggunakan aplikasi,Daya Kreativiti,dan yang paling penting editor itu boleh bekerja lebih masa..Lagi baGus.Diringkaskan cerita proses yg harus dilakukan oleh editor "di Sini' di Digilogic lah..
-Peringkat merakamkan suara karektor/watak animasi tersebut. Pengarah animasi akan menunjuk ajar kepada pelakon-pelakon bagaimana menggayakan watak suara yg menarik dan berkesan.
-Selesai merakam suara latar animasi,tugas editor disini adalah untuk memotong suara2 tersebut mengikut babak-babak yang telah ditetapkan didalam skrip..
- Kemudian tugasan editor adalah menyusun semula rakaman suara yg telah dipotong tadi ke dalam perisian penyuntingan video. Bagi proses ini editor dan pengarah akan duduk sekali berbincang bagi mendapat susun atur rakaman yang tepat dan secara kasar mengikut durasi yang telah ditetapkan..
Peringkat seterusnya adalah proses animasi dijalankan..
- Selesai proses animasi, editor akan mengumpul semua babak2 yang telah dilakukan oleh animator dan di susun kedalam video mengikut skrip yang telah ditetapkan.
- Pada awal,animator akan memberi shot2 resolusi yang rendah atau "low res" untuk tayangan secara kasar oleh pengarah animasi.
- Setelah penilaian yang dibuat oleh pengarah,pembetulan akan diberikan bagi mendapatkan penghasilan animasi yang terbaik.
- Proses seterusnya adalah menyusun semula babak2 yang telah siap di Render tadi bagi mendapatkan shot2 yang tinggi kualitinya.
- Editor akan duduk besama pengarah dan menyunting babak2 tersebut supaya lebih padat dan lebih menarik..
- Selesai proses tersebut,seterusnya ialah proses memasukan lagu dan bunyi kesan khas ke atas video animasi yang telah siap disunting tadi.
- Maka siaplah secara kasar proses pembikinan sesebuah animasi 3D
- Penilaian akan dibuat oleh pihak RTM dan aspek teknikal amat ditekan kan di sini.
- Setelah mendapat kelulusan daripada pihak RTM, editor akan ditugaskan menyalin semula video yang telah siap ke dalam bentuk digital tape.. Ia juga dikenali sebagai "Digital Beta Tape"
Begitulah serba sedikit proses-proses yang dilakukan di sini..sebarang maklum balas boleh lah memberi komen atau pendapat.. juga boleh bertanya dan berbincang mana yang tidak berapa faham proses-proses di atas.
Kota Melaka
13 years ago


lagi..? tulis la lagi! ramai peminat ni..
ReplyDeleteini je..? sibuk sangat ke?
ReplyDeleteHa..nk Tau lg teNtang Ape eK?
ReplyDeleteNext .... software editing EDIUS 4 percepat proses animasi!!
ReplyDeletecoming soon!
Tengah menunggu post nie dari Amin...
ReplyDeleteHehehee...
saya antara peminat yg dahagakan ilmu..nak tau lagii...nak tau lagiiii...
ReplyDelete